e
Tidak ramai yang menyedari bahawa pergantian siang dan malam adalah salah satu daripada nikmat - nikmat Allah yang kita selalu terlepas pandang.
Firman Allah
قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِن جَعَلَ اللَّـهُ عَلَيْكُمُ اللَّيْلَ سَرْمَدًا إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ مَنْ إِلَـٰهٌ غَيْرُ اللَّـهِ يَأْتِيكُم بِضِيَاءٍ ۖ أَفَلَا تَسْمَعُونَ ﴿٧١﴾
Maksudnya
Katakanlah: "apakah penapat kamu jika Allah jadikan malam kepada kamu berkekalan hingga hari kiamat siapakah tuhan selain Allah yang mendatangkan kamu dengn inar cahaya? Maka apakah kamu tidak mendengar ?"
Surah alQasas ayat 71
Dalam ayat di atas, Allah bertanya apakah pendapat kita jika Allah jadikan malam itu berpanjangan sampai hari Kiamat"
Ayat seterusnya Allah bertanya lagi.....
Firman Allah
قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِن جَعَلَ اللَّـهُ عَلَيْكُمُ النَّهَارَ سَرْمَدًا إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ مَنْ إِلَـٰهٌ غَيْرُ اللَّـهِ يَأْتِيكُم بِلَيْلٍ تَسْكُنُونَ فِيهِ ۖ أَفَلَا تُبْصِرُونَ ﴿٧٢﴾
Maksudnya
katakanlah apakah penapat kamu jika Allah jadikan siang kepada kamu berkekalan hingga hari kiamat siapakah tuhan selain Allah yang mendatangkan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka apakah kamu tidak melihat ( akan kekuasaan Allah)?"
Surah alQasas ayat 72
Begitu juga sebaliknya seandainya Allah jadikan siang itu berpanjangan hingga ke hari Kiamat-
🌴 Kita tanya pula kepada diri kita : sanggupkah kita hidup terus terusan tanpa rehat sampai hari Qiamat?
🌴 Jangankan hari kiamat, kerja 24 jam pun kita dah keletihan, lemah lesu dan tidak bertenaga.
Di atas rahmatNya, maka Allah telah jadikan bagi kita persilihan siang dan malam supaya kita boleh berehat pada waktu malam setelah penat mencari rezeki pada waktu siang.
Firman Allah
وَمِن رَّحْمَتِهِ جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ لِتَسْكُنُوا فِيهِ وَلِتَبْتَغُوا مِن فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿٧٣﴾
Maksudnya
Dan di atas rahmatNya, Ia jadikan untuk kamu malam dan siang bersilih ganti supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur.
surah AlQasas ayat 73
Oleh yang demikian, bangun sahaja dari tidur kita patut bersyukur kepadaNya yang telah menghidupkan kita dan menjadikan siang dan malam bersilih ganti.
Firman Allah
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ﴿١٩٠﴾
Maksudnya
Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi dan pertukaran malam dan siang adalah tanda-tanda kekuasan Allah bagi orang - orang yang mempunyai jantung
Surah Ali Imran ayat 190
Disediakan oleh...
Haji Jim Nun al Urduni
Akademi Alquran Annajah
Ampang,
Selangor.
🍏🌹🍎🌻🍇🍑🍊
Tiada ulasan:
Catat Ulasan